Tuesday, April 12, 2011

Perbandingan Antara EASY VOIP dan voip - voip yang lain

Salam.

Semenjak kebelakangan ini, kami mendapat banyak pertanyaan, kenapa KAMI sudah tidak mengeluarkan voip - voip yang lain seperti lowrate dan smartvoip.

Jawapannya ialah :

Dulu kami mengeluarkan juga lowrate dan smartvoip, namun voip - voip tersebut adalah produk voip yang telah keluar pada 2 tahun lepas.


Adapun Easy Voip adalah voip terbaru daripada syarikat voip, maka KAMI mengeluarkan produk terbaru ini sahaja ( Easy Voip ) memandangkan ratenya ( call Mesir - Malaysia ) yang rendah berbanding produk - produk voip yang lama.

Sila lihat perbandingan yang telah kami buat di bawah, anda berhak memilih yang terbaik untuk diri anda :


Tuesday, March 15, 2011

Beberapa panduan penting utk pengguna Easy Voip ; wajib baca

Assalamualaikum buat semua pengguna Easy Voip.

Di sini team Jom Voip ( JV ) mahu mengajar beberapa perkara yang sgt penting untuk anda semua.Software Easy Voip sangat sensitif, oleh itu sila ikuti penerangan di bawah ini.

1) cara install software Easy Voip.Dapatkan software nya di halaman ini.
    http://easyvoip.com/

Setelah memuat turun software ini, jangan terus klik pada icon untuk meng'install' software ini, sebaliknya sila klik KANAN dahulu dan klik pada Run as administrator.



2) Untuk mengisi ID dan password yang telah anda beli daripada KAMI/ejen KAMI, jangan sesekali meng 'copy' 'paste' salinan ID dan password yang telah anda salin di dalam note pad atau word.Sebaliknya, sila type kan ID dan password tersebut satu persatu dengan menggunakan keyboard daripada salinan anda atau dari kad Easy Voip yang telah anda beli.

Perkara ini sangat penting bagi mengelakkan anda ter 'copy paste' space yang anda tidak nampak.Sila perhatikan gambar contoh di bawah :

Gambar yang akan anda lihat  di bawah adalah contoh anda tidak perasan bahawa dihujung username yang anda copy paste tadi terdapat space.Bahkan password juga ada space dihujungnya tetapi anda tidak nampak dengan mata kasar.

AWAS! Username dan password ini tidak boleh digunakan.

Apa yang anda perlu buat?
Type kan satu persatu username dan password dengan menggunakan keyboard.Jikalau anda telah meng copy paste ( cara yang salah ) dan kemudian anda delete dan cuba untuk memasukkan username dan password pula ( cara yang betul ) tetapi tetap tidak boleh untuk log in, apakah yang perlu anda buat?

Sila uninstall kembali software dan install kembali software kerana software yang lama tadi 'seolah - olah' telah menyimpan kesilapan 'copy paste' yang telah anda lakukan.

Sila lihat gambar dibawah ini ( klik utk resize ).Ini contoh 'copy paste' username dan password.Terdapat lebihan space di hujung username.Perhatikan pada kawasan yang telah KAMI bulat merahkan.



 paparan log in terdapat space ( salah )

Jikalau anda menggunakan teknik 'copy paste', anda akan melihat paparan log in yang tidak aktif seperti di bawah:

Sila matikan software dan masukkan username dan password dengan cara yang betul.Jika tidak boleh, seperti yang KAMI ajarkan tadi, sila uninstall dan install kembali software.
paparan log in tidak aktif

 Gambar dibawah pula username dan password yang anda type satu persatu menggunakan keyboard.Cara ini cara yang betul bagi mengelakkan space yang tidak anda nampak dengan mata kasar anda.

Lihat pada kawasan yang telah KAMI bulat merahkan.


paparan log in yang betul

Selamat mencuba.
Kami akan update dari masa ke semasa.

Friday, March 11, 2011

Penerangan ringkas Easy Voip


Assalamualaikum semua.Selamat kembali ke Mesir dan selamat menyambung pengajian.

Blog ini dibuat khusus  oleh team Jom Voip ( JV) bagi menerangkan produk terbaru voip
yang paling sesuai digunakan oleh pengguna di Mesir untuk menghubungi keluarga
di Malaysia.Sila baca dengan teliti produk terbaru voip ( EASY VOIP ) yang akan kami
detailkan di bawah.


Apa itu Easy Voip?

Sejenis perisian yang digunakan untuk menghubungi sesoarang di sesuatu tempat dengan menggunakan
internet.

Nak muat turun di mana?

Senang sahaja.Muat turun di http://easyvoip.com/

Berbayar atau pun tidak?

Sudah tentu berbayar.

Bagaimana pula dengan 'rate' dan caj yang dikenakan oleh Easy Voip?

Setakat ini, pihak JV telah membuat penelitian dan perbandingan.Easy Voip adalah yang paling efektif setakat ini berbanding voip - voip yang lain.

Kiraan berdasarkan usd.
Kadar Panggilan Ke Malaysia:

Rumah - USD 0.003
Handset - USD 0.012


Cas setiap panggilan USD 0.039

Kadar mengikut minit ( anggaran ) :

Rumah 3000 minit/50 jam
Mobile  800 minit/ 13 jam lebih


Kadar SMS ke Malaysia ;-

usd 0.03 per sms.

Owh!Jimatnya.Nak trylah...tapi nak beli kad Easy Voip di mana?

Kami di Jom Voip (JV) menyediakan kad keluaran daripada team kami sendiri beserta dengan
akaun yang telah kami 'create' kan untuk para pengguna.Sila dapatkan terus kad tersebutdaripada ejen - ejen kami.

Siapa ejen - ejen JV dan berapa harganya?

Ejen - ejen kami berada di merata tempat.

Jikalau ejen tidak ada, contoh ejen pergi ke kuliah/meeting?

Jangan risau, hubungi KAMI terus di talian 0112997279 atau BUZZ Yahoo Messenger KAMI
di jomvoip@yahoo.com.Pejabat dibuka dari jam 8 am - 12 pm setiap hari.Jumaat cuti.

Apakah kelebihan Easy Voip yang dikeluarkan oleh JV berbanding reseller lain?

1) Harga berpatutan.
2) Boleh top up lebih daripada 10 usd jika anda mahukan.
3) Kami ada menyimpan rekod setiap kad.Anda cuma perlu ingat no kad yang terdapat dibahagian bawah kad.

Jika berlaku kecurian,rosak atau hilang atau apa sahaja masalah berkenaan kad yang anda beli, sila hubungi KAMI.KAMI sedia membantu.
 
JV ada buat promosi?

Sudah tentu ada.Promosi akan dibuat pada musim peperiksaan dan juga pada tarikh - tarikh tertentu seperti tarikh kebesaran Islam, Hari Merdeka dan sebaginya.Sila 'alert' dengan setiap iklan promosi yang bakal kami
edarkan.

 Wah!Bagusnya JV, bukan setakat menjaga kebajikan malah ada juga promosi.
Kalau begitu, bukan setakat nak beli..saya juga berminat nak jadi ejen.Bagaimana?

Hubungi KAMI terus.Amat dialu - alukan.

'Server' Easy Voip kadang kala lembab.JV ada jalan penyelesaian?

KAMI hanya menjual kad Easy voip sahaja.KAMI tidak ada kena mengena dengan masalah yang melibatkan 'server' atau syarikat Voip.Jika 'server' lembab/down, anda perlu bersabar dan tunggu seketika.Jikalau anda dalam keadaan emergency dan terdesak mahu menghubungi Malaysia, sila hubungi KAMI segera.

Adakah boleh Easy voip dimuat turun ke handset?

Sila klik alamat ini untuk maklumat lanjut.
http://easyvoip.com/mobile_voip

Sekian.KAMI akan update maklumat berkenaan voip dari semasa ke semasa.