Tuesday, March 15, 2011

Beberapa panduan penting utk pengguna Easy Voip ; wajib baca

Assalamualaikum buat semua pengguna Easy Voip.

Di sini team Jom Voip ( JV ) mahu mengajar beberapa perkara yang sgt penting untuk anda semua.Software Easy Voip sangat sensitif, oleh itu sila ikuti penerangan di bawah ini.

1) cara install software Easy Voip.Dapatkan software nya di halaman ini.
    http://easyvoip.com/

Setelah memuat turun software ini, jangan terus klik pada icon untuk meng'install' software ini, sebaliknya sila klik KANAN dahulu dan klik pada Run as administrator.



2) Untuk mengisi ID dan password yang telah anda beli daripada KAMI/ejen KAMI, jangan sesekali meng 'copy' 'paste' salinan ID dan password yang telah anda salin di dalam note pad atau word.Sebaliknya, sila type kan ID dan password tersebut satu persatu dengan menggunakan keyboard daripada salinan anda atau dari kad Easy Voip yang telah anda beli.

Perkara ini sangat penting bagi mengelakkan anda ter 'copy paste' space yang anda tidak nampak.Sila perhatikan gambar contoh di bawah :

Gambar yang akan anda lihat  di bawah adalah contoh anda tidak perasan bahawa dihujung username yang anda copy paste tadi terdapat space.Bahkan password juga ada space dihujungnya tetapi anda tidak nampak dengan mata kasar.

AWAS! Username dan password ini tidak boleh digunakan.

Apa yang anda perlu buat?
Type kan satu persatu username dan password dengan menggunakan keyboard.Jikalau anda telah meng copy paste ( cara yang salah ) dan kemudian anda delete dan cuba untuk memasukkan username dan password pula ( cara yang betul ) tetapi tetap tidak boleh untuk log in, apakah yang perlu anda buat?

Sila uninstall kembali software dan install kembali software kerana software yang lama tadi 'seolah - olah' telah menyimpan kesilapan 'copy paste' yang telah anda lakukan.

Sila lihat gambar dibawah ini ( klik utk resize ).Ini contoh 'copy paste' username dan password.Terdapat lebihan space di hujung username.Perhatikan pada kawasan yang telah KAMI bulat merahkan.



 paparan log in terdapat space ( salah )

Jikalau anda menggunakan teknik 'copy paste', anda akan melihat paparan log in yang tidak aktif seperti di bawah:

Sila matikan software dan masukkan username dan password dengan cara yang betul.Jika tidak boleh, seperti yang KAMI ajarkan tadi, sila uninstall dan install kembali software.
paparan log in tidak aktif

 Gambar dibawah pula username dan password yang anda type satu persatu menggunakan keyboard.Cara ini cara yang betul bagi mengelakkan space yang tidak anda nampak dengan mata kasar anda.

Lihat pada kawasan yang telah KAMI bulat merahkan.


paparan log in yang betul

Selamat mencuba.
Kami akan update dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment